Alhamdulillah..Syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada kali ini..dan benda 1st yang terlintas di kepala aku bila bulan puasa ialah..ayah aku kat kampung..ape la agaknya bersahur yer..buka puasa tak kisah sangat sbb dulu2 pun sama je..bantai beli kedai je..hahha.. dan menurut ayah aku..hari pertama dah sahur dgn murtabak segera..aduhai..sedeynye bunyi..awat tak beli je lauk kat bazar ramadhan n panaskan je waktu sahur..heheh..kenyang la sket..
Hari pertama bersahur..arfan pun ikut bersahur skali..punye la lama dia makan..sampai mata da jadi mata panda da..da la malam tu tido lewat duk siapkan slide..ingatkan nk tido la kejap pas sahur..huhu..skali duk melayan Arfan makan nasi..tapi tahan la juga mata..bukan senang dia nak makan nasi banyak2..biarkan je lah..
janji anak mama sihat yer…
Menu sahur kami ialah..err…kejap…lupe daa.. ;p baru 1st sahur da lupe..
- Nasi Putih
- Sayur Campur
- Ayam Goreng Kunyit
- Air Sunquick Blackcurrent (yg petang punye.. ;p)
- Nasi Putih
- Chinese style Lemon Chicken
- Sambal ikan bilis taucu
- Air masak (tak kose mak nak bancuh air pagi2 bute..hehe)
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
- 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1″)
- Bahan Marinade:
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil garam
- Bahan Batter:
- 1 biji telur (saiz besar)
- 1/4 cup tepung jagung
- 1 sudu kecil lada putih
- Bahan Sos:
- 1/3 cup gula
- 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je) anggaran 1/2 kiub bercampur air
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak masak
- Pewarna kuning (optional)
Cara-cara
- Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
- Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
- Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
- Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
- Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
- *kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bwg putih dan bwg merah sehingga lumat , tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok. ganti air masak nasi dengan stok ayam ini (lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa) dan masak atas rice cooker.siap!!


